Jumaat, 15 April 2016

Biografi Perniagaan Berjaya Tuan Barkath Ali AbuBacker & Puan Siti Sa'diah Sheikh Bakir (perniagaan pembuatan & perubatan)

Pada suatu Hari yang Indah..Diriku sedang Minum Teh Tarik sambil Merenung ke langit..disebabkan tak tahu hendak berbuat apa-apa aku mula mencapai buku yang ada dalam simpanan..di tangan tersimpan Mengenai sebuah Buku Mengisahkan Ahli-ahli perniagaan Melayu..setelah Membelek dan membaca seberapa lama jadi terdetik hati merasa untuk Menulis mengenai kisah kejayaan Ahli perniagaan ini Tuan Barkath Ali AbuBacker & Puan Siti Sa'diah Sheikh Bakir..setelah Menaip sekian lama Malam akhirnya Tengah pagi siap juga...hahaha....


               
           


Biografi Cerita Kejayaan Perniagaan Datuk Barkath Ali AbuBacker
(perniagaan Kumpulan Barkath sektor pembuatan  & pengedaran)
Datuk Barkath Ali AbuBacker adalah Pegawai Esekutif Kumpulan Barkath. Datuk Barkath adalah Anak sulung daripada Tujuh orang adik-beradik, iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Datuk Barkath mengambil alih perniagaan bapanya. Sebelum itu lagi Datuk Barkath sudah diberikan kepercayaan bagi Menguruskan syarikat. Datuk Barkath mengambil alih kumpulan Barkath daripada bapanya, Allahyarham AbuBacker Mohd. Hussain pada Tahun 1969.
Pada Masa itu, RM 50 juta dibelanjakan bagi membangunkan perniagaan Kumpulan Barakath.

Sejak pengambilalihan oleh Datuk Barkath, Kumpulan Barakath mula Menceburi bidang pembuatan & pengedaran.Sebelum itu, mereka hanya mempunyai pasar raya. Namun, selepas beberapa lama, mereka mendapati adalah lebih murah bagi menghasilkan sendiri produk-produk mereka.

Oleh itu,   Kumpulan Barkath mula menghasilkan pelbagai produk seperti sirap ros, pasta, Sos Cili, Gula ising, Tepung penaik dan Biskut berjenama seperti Class Choice, Sarina, Class Foods, Kings dan Mayens.

Pada tahun 1993 pula, Datuk Barkath memeterai perjanjian usaha sama bernilai RM 20 juta dengan Co-Ro Food A/S, iaitu Syarikat dari Denmark, bagi mengeluarkan Minuman Kordial Sunquick di Malaysia. Secara kebetulan, Malaysia adalah pasaran kedua terbesar bagi Sunquick, selepas Arab Saudi.

Kumpulan Barkath kini Menjana pendapatan tahunan sebanyak RM80 juta. Dua produk utama yang menyumbang 70 peratus daripada pendapatannya adalah Gula-gula Hacks dan Minuman Kordial Sunquick.

Daripada segi keluasan Empayar perniagaannya pula, Kumpulan Barkath juga mempunyai sebanyak 22 Buah Anak Syarikat di beberapa buah negara, iaitu Malaysia, Negara-negara Asia Tenggara dan Eropah. Kumpulan Barkath juga Mempunyai pejabat jualan di luar negara seperti di United Kingdom, Arab Saudi, Indonesia, India dan Singapura.




.
Biografi Cerita Kejayaan Perniagaan Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir (perniagaan Kumpulan Perubatan Johor KPJ)
Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir adalah Pengarah Urusan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Berhad dan sudah Memegang jawatan ini sejak 1 Mac 1993 lagi.

Graduan pengajian Ekonomi dari Universiti Malaya ini Memulakan Kerjayanya dalam Johor Corporation (J.Corp) pada Tahun 1974 dan Terlibat sepenuhnya dalam Kumpulan Perubatan Johor (Johor Corporation Healthcare Division) sejak Tahun 1978. Beliau diberikan kepercayaan Memegang Jawatan sebagai Ketua Eksekutif Bahagian Prisihatin. Secara ringkasnya, beliau adalah orang kedua terpenting dalam Lembaga Pengarah KPJ selepas pengerusinya Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.

Rahsia - rahsia Kejayaan:
Sebagai Wanita yang mampu menempatkan diri dalam kumpulan pengurusan yang rata-rata Dimonopoli oleh Golongan lelaki, pasti beliau mempunyai rahsia tersendiri sehingga membuatkan beliau mampu membangunkan KPJ bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Beliau yang begitu mementingkan kerjasama berpasukan atau Teamwork, yakin kejayaan hanya dicapai apabila setiap pihak saling bersatu hati dan bantu membantu.

Datin Siti Sa'diah juga sempat memberitahu perlambangan para pekerja kami sebagai kakitangan sebaliknya anggota pekerja. Ini adalah kerana apabila kita panggil kakitangan, oleh itu hanya kaki dan tangan sahaja yang bertugas, sebaliknya kita tinggalkan mata, kepala, hati, dan sebagainya.
Tetapi apabila kita panggil Anggota, ia bermakna mereka menggunakan semua anggota, ia bermakna mereka menggunakan semua anggota dalam Menabur Khidmat kepada Oraganisasi.


Anugerah - anugerah yang diterima:
Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir sememangnya antara Tokoh Wanita yan dihormati dan disegani dalam industri perubatan. Beliau menerima banyak Anugerah. Pada Tahun 1994, beliau dinobatkan sebagai Woman Manager Of The Year Publication Sdn Bhd.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) juga turut Mengiktiraf Sumbangannya apabila mereka memberikan Anugerah Khas Trofi Sri Nona Kategori Perubatan kepada Malaysia pada Tahun 1997.







Selasa, 12 April 2016

Dr Zakir Naek telah Dihalang Oleh Individu - individu Tertentu Untuk Menyampaikan Ceramah Mengenai Islam & Persamaan Dengan Agama Lain



 ( pertanyaan orang inggeris cuba mencari kesalahan - kesalahan
untuk Memanipulasikan islam akhirnya dijawab tenang oleh Dr Zakir Naek)


                               
( pelbagai Hujahan - hujahan & pertanyaan -pertanyaan yg dijawab baik oleh Dr Zakir Naek mengenai persepsi & kebenaran islam)



Dr Zakir Naik dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 Mumbai (Bombay pada waktu itu) beliau adalah seorang pembicara umum Muslim India, dan penulis keislaman dan perbandingan agama. Secara profesi, ia adalah seorang dokter medis, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang terlibat dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.

Beliau Adalah Merupakan Anak didikan kepada Tokoh Debat islam yang terkenal iaitu Ahmad Deedat yang merupakan Guru beliau yang banyak mengajar beliau didalam ilmu pengetahuan & ilmu perdebatan. Perdebatan dan Ceramah Gurunya Ahmad Deedat juga boleh didapati di laman youtube dan laman sesawang yang lain.

Baru-baru ini pada Tanggal 11 April 2016..kita telah diberitakan mengenai pengharaman ceramah Dr Zakir Naek yang akan diadakan di UTEM Melaka. Ini kerana Ceramah beliau yang bertajuk '' The Similarites About Islam & Hindu '' atau yang bermaksud '' Persamaan antara Agama Islam & Agama Hindu '' yang dikatakan membawa kepada fahaman Eksremis Agama. dan kerana ini menyebabkan ianya dibatalkan.

Boleh sahaja dikatakan selepas sahaja pengumuman itu dibuat akan pembatalan ceramah Dr Zakir Naek tersebut, sangat ramai malah ribuan rakyat Melayu islam yang memprotes dan Marah akan tindakan pihak - pihak tertentu dan ada yang Berkongsikan dan memberikan pelbagai pendapat Mereka sama di Laman -laman sesawang dan sebagainya. Ini semuanya bermula disebabkan kerana pihak Atasan yang membatalkan Majlis Diskusi Ceramah tersebut..persoalannya dimana point-point yang menunjukkan Ceramah tersebut membawa kepada fahaman ekstremis Agama..??

Adakah kerana hanya sebuah Tajuk..?? yang bermaksud ''persamaan Agama Islam & Agama Hindu..'' itu penyebab hingga Ceramah tersebut dibatalkan..??
Mungkin ada pihak tertentu yang tidak mengikuti perkembangan Dr Zakir Naek. Tidak Menonton semua ceramah-ceramah diskusi dan perdebatan yang dibuat oleh Dr Zakir Naek sehinggakan ada pihak apabila mendengar sahaja tajuk Ohhhh...itu sudah cukup Rasist...!

Apabila kita Melihat kebanyakkan Ceramah-ceramah Dr Zakir Naek yang ada di youtube...kita boleh melihat dengan akal yg Mudah difahami bahawa ceramah Beliau adalah membawa sesuatu kearah yang mana lebih baik. Dan beliau tidak berhujah hanya dengan benda - benda kosong tetapi beliau berhujah dengan menggunakan fakta yang Tepat.
Contohnya 2 + 2 adalah bersamaan 5,  sudah pasti jawapan itu salah. Kalau perkara itu salah ianya tetap salah. Kalau Betul ianya pasti betul dan Beliau tidak mereka-reka sesuatu hujah untuk menampakkan ianya betul, kerana bercakap di depan khalayak ramai malah beribuan orang sudah pasti susah untuk berbohong. Apatah lagi Dr Zakir Naek Menghafal kitab - kitab dan banyak berhujah dengan menggunakan Kitab - kitab dari pelbagai Agama dan beliau Menghafal kesemuanya sekali dan menyebut satu persatu ayat ke berapa dan berapa. Sehingga ada yang Membuatkan Golongan-golongan Berlainan Agama yg bertanyakan pelbagai soalan kepada beliau tergamam kerana beliau Menjawabnya dengan baik dengan menggunakan ayat - ayat dari Kitab-kitab mereka sebagai hujah sedangkan Mereka sendiri tidak menghafalnya. Sebuah keistimewaan Milik Insan yang bernama Dr Zakir Naek ini.

Selain itu,  Beliau juga dapat Mematahkan serangan-serangan dari orang-orang yang fasik Meragui kebenaran islam yang bertanyakan pelbagai soalan yang sangat Merumitkan dan tidak terfikir oleh Akal kita untuk menjawabnya. Tapi kesemua soalan itu dapat dijawab dengan cepat dan bernas oleh Dr Zakir Naek.

Sepatutnya isu Ceramah persamaan antara Islam & Hindu tidak patut dibatalkan kerana saya berpendapat ianya pasti akan membawa kebaikan bersama. Memandangkan kita Malaysia mempunyai fahaman Agama yang berbeza mungkin pencerahan dari Dr Zakir Naek penghafal kesemua kitab-kita Agama ini mungkin dapat merapatkan lagi hubungan antara kita Islam Hindu dan Buddha. Sudah jelas Tajuk tersebut membawa Maksud kepada persamaan yang dimiliki bersama. Tidak bermaksud untuk melukakan atau mempunyai Niat yang lain melainkan ada kebaikan yang ingin  diselitkan. Ini kerana Dr Zakir Naek adalah orang islam yg berbangsa india dan duduk di kelilingi oleh orang-orang hindu di negara india.
Sudah pasti beliau sudah memahami akan Majmuk yang berlainan Agama. Kerana itu beliau memberikan Tajuk Ceramah '' Persamaan antara Agama Hindu & Agama Islam ''. Saya yakin ianya pasti akan membawa kebaikan.

Kepada yang berlainan Agama juga boleh bertanyakan kepada beliau akan persoalan-persoalan  agama, jika ada keraguan tentang islam atau apa sahaja , undang-undang , Hak-hak kebebasan , Hukum-hukum mengenai islam , kebenaran-kebenaran islam apa sahaja Beliau akan dapat Menjawabnya dengan baik. Sudak banyak juga pertanyaan-pertanyaan dari orang yang bukan beragama islam yang mengajukan pelbagai persoalan tentang persepsi islam dan telah Banyak beliau telah menjawabnya, boleh tonton di laman youtube '' Ceramah Dr Zakir Naek atau perdebatan Dr Zakir Naek'' banyak yang akan dapat dilihat dan dinilai akan kebenaran dan kebaikan-kebaikannya.

Saya berharap Ceramah-ceramah Dr Zakir Naek ini dapat diteruskan lagi dan diperbanyakkan lagi di Malaysia di Negara kita ini setelah apa kita melihat di kaca TV di Negara luar, apabila islam sering menjadi Mangsa provokasi akan Media-media yang sering Menghina dan Memfitnah Agama islam katanya  membawa agama Terrorisme , Mengajar untuk berperang dan sebagainya...itu semua tidak benar.  Banyak yang perlu diperjelaskan kepada orang luar mengenai apa itu islam dan kebenaran-kebenaran islam agar islam dapat diterima baik , dipandang Mulia dan Dihormati.

Kesimpulannya.... saya sebenarnya cukup kagum dengan Dr Zakir Naek ini...dan sangat2 admire dengan beliau..beliau antara salah seorang pendakwah yang sangat hebat. Selain daripada itu yang sangat membuatkan saya kagum dengan  insan yang bernama Dr Zakir Naek ini ialah akan kelebihan beliau yang mampu Menghafal kesemua kitab -kitab Agama yang ada di atas Dunia ini. Apabila ditanyakan oleh orang-orang mengenai sesuatu Agama beliau dapat menjawab nya dengan sangat pantas termasuk menyebut pelbagai Ayat-ayat menggunakan kitab-kitab Agama yang ada di Dunia ini mengikut kesesuaian dan persoalan. Saya berharap semoga ramai lagi orang-orang seperti Dr Zakir Naek ini akan dilahirkan di atas Mukabumi ini.,insya Allah..ini kerana supaya Islam dapat terus bertapak kukuh dan dapat Menjadi Empayar islam yang hebat.

.
.
.
.
A Great Respect Leaders of Islam Dr Zakir Naek.........! :)

Sabtu, 9 April 2016

Menilai Sesebuah Kebaekan Orang Lain & Melihat Suatu pandangan Dari Sudut Mata Kasar dan Batin




حَدِ يث عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِ اللهُ عَنهُمَا. أنَّ رَسُولَ اللهِ صلّي اللهُ عليهِ
وَسَلّمَ ، قَالَ : الْمُسْلِمُ أَخُوالْمُسْلِمِ ، لَا يَظْلِمُهُ ، وَلاَ يُسْلِمُهُ . وَمَنْ كَانَ فِى
حَاجَةِ أَخِيهِ . كَانَ اللهُ فِى حَاجَتِهِ . وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً ، فَرَّجَ اللهُ
عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ. وَمَنْ سَتَرَمُسْلِمًا ، سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اخرجه البخاري فى : – كتاب المظالم: – باب لايظلم المسلم المسلم ولايسلمه .
Artinya:
Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulullah saw. Bersabda : Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak menganiyayanya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari qiyamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang muslim maka Allah akan menutupinya di hari qiyamat. (Bukhari, muslim).

.
Persaudaraan telah beberapa kali diiucapkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran islam adalah suatu agama yang membawa kasih sayang sesama Makhluk. Kita telah berulang kali diingatkan supaya menjaga silaturrahim sesama Manusia tidak kira Agama , fahaman mahupun Bangsa sesuatu etnik. Unsur-unsur tidak kepercayaan sesama sendiri sebenarnya telah lama menyubur didalam hati. Tidak hairanlah jikalau pergaduhan sesama sendiri itu berlaku.
Tidak Menghormati sesama sendiri berckap kasar dan itu salah satu Benih untuk membentuk Akar-akar kebencian antara Manusia. Dan mula lah Syaitan mengambil peluang diatas sebab-sebab ini.

Bagaimanakah Caranya jika kita telah berbuat baik seperti yang disuruh oleh Tuhan, tetapi orang lain pula yang berbuat tidak baik kepada kita. Ini adalah sebuah tindakan semula jadi Manusia yang Tuhan jadikan berbagai. Ada Manusia yang baik dan ada Manusia yang jahat,  dan beruntunglah bagi sesiapa Manusia yang mengikut jalan kebaikan.

Saya juga selalu merasakan perkara ini, apabila kebaikan yang kita lakukan pada orang lain tidak dibalas dengan setimpalnya dari orang yang sama. Ini bukanlah untuk mengungkit tetapi jika difikirkan semula kenapa masih ada Manusia yang tidak Mengenang budi setelah apa yang kita curahkan kepada mereka. Adakah Mereka ini tidak memikirkan perasaan orang lain atau mereka buat-buat sahaja tidak tahu.

Tetapi saya Mulai faham kenapa perkara itu terjadi, ini kerana Tuhan mungkin tidak akan membalas kebaekan yang kita lakukan diatas Tangan Manusia itu sendiri tetapi mungkin ada pemberian yang lebih Baik yang ingin diberikan oleh Tuhan atau kita akan dibantu oleh Manusia yang lain pula berulang kali.
Jadi Kesimpulannya,  melakukan kebaekan adalah suatu perbuatan yang sangat Menguntungkan.


.
Mengapa Nabi Muhammad Tidak Membalas Kejahatan yang Dilakukan oleh Orang-orang Musyrik Keatas Beliau & Walaupun Malaikat Sudah Bersedia Untuk Memukul Tongkatnya ke Bumi..? Suatu Pengajaran yang Baik Buat Kita ...
.
Adakah anda masih Teringat akan suatu kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w.. ketika itu Nabi Muhammad sedang melakukan solat dan dengan tiba-tiba orang-orang Musyrik membaling Najis keatas baginda dari belakang kerana tidak menyukai dakwah yang dibawa oleh beliau..ada masa itu orang - orang Arab masih menganuti Agama Jahiliyah..ini adalah suatu pengajaran yang baik untuk kita pelajari..apa yang dibuat oleh Baginda ialah beliau tidak membalasnya. dan apabila terlihat oleh Malaikat maka Malaikat pon menjadi Marah akan perbuatan tersebut dan Malaikat menawarkan keatas Baginda, dan berkata kpd Baginda Muhammad '' yaa Nabi Muhammad ini adalah suatu tindakan yang tidak beradab..mahukah Engkau aku Menghancurkan mereka dengan kekuatan ku...?'', Nabi Muhammad berkata '' Tidak perlu...''

 Apa yang dibuat oleh Baginda ialah Beliau berkata '' Suatu hari nanti Aku akan Mengislamkan seluruh penduduk ini..dan dibawah kebaekan Ajaranku mereka di Tanah ini akan menjadi orang-orang yang baik..'' dan apa yang dikatakan oleh Russullah itu benar bahawa seluruh Jazirah Arab Memeluk Agama Islam. Dan itu adalah suatu Hikmah dimana Baginda melalui sifat kesabaran yg Tinggi akhirnya Membawa keuntungan yang Besar. Seluruh penduduk Arab menjadi sebuah Empayar Islam dibawah penguasaan Beliau.

Baginda bijak didalam menguruskan sesuatu. Beliau tidak menggunakan Tindakan yang terburu-buru dan sentiasa menggunakan Hemah kesabaran yang Tinggi didalam perbuatan. Dan itu lah menjadikan Beliau sentiasa Menang.

Nabi Muhammad telah memberikan kita pengajaran akan kisah ini ianya Mengajar kita untuk berfikiran Terbuka, bersabar dan selalu membuat kebaikan  dan Menghormati orang lain. Itu adalah suatu kemenangan yang besar dan perbuatan tersebut yang akan membuatkan kita Berjaya dan pasti nya akan membawa rahmat dari Illahi.

.
Berfikir Sebelum Bercakap & Tidak Terburu-buru didalam Akal dan perbuatan.
Sememangnya sikap yang Terburu-buru dan tidak berfikir sebelum bercakap sememangnya akan membawa bencana, sama ada terhadap diri sendiri atau pon terhadap Masyarakat di sekeliling. pastinya akan mendatangkan kemudaratan kalau kita tidak berjaga-jaga dengan kata-kata.
Tetapi Mafhum nya kita Manusia ini tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, apa-apa pon kita yang menjalani kehidupan diatas dunia ini kita sentiasa memperbetulkan kesilapan kita termasuklah dari segi pembaikan akhlak , sifat , hubungan dan sebagainya. Mengawal percakapan kita dari Menyakiti hati orang lain dan bercakap hormat juga adalah sebuah Modal sumber didalam kebaikan.


Memahami Sesuatu Kebaikan yang Dilakukan Oleh Orang lain & Memahami Prinsip Islam Hadhari
Sesuatu perihal perbuatan yang baik adalah dikira sebagai sebuah Amal. Ini termasuk perbuatan-perbuatan baik yang kita berikan kpd orang lain. Termasuk juga orang yang berbuat baik kepada kita. Sudah menjadi lumrah intipati Manusia adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Menghargai setiap bantuan yang diberikan kepada kita adalah sebuah perbuatan yang harus diamalkan. Ini kerana orang-orang yang Membantu kita disaat kita jatuh adalah orang yang patut kita sayangi dan Mendoakan kesehjahteraan mereka. Tidak perlu untuk memberitahu yang kita mendoakan mereka cukup kita mendoakan mereka secara diam-diam didalam hati dan sebagai ucapan terima kasih kita membantu pula mereka dikemudian hari.. Ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang Membawa maksud sebuah Bangsa Islam yang bertamadun yang menekankan Aspek Tamadun.
Menghormati , Menyayangi , dan berbuat kebaikan. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat hidayah dan rahmat dari Allah s.w.t Ameeeen...........








Sabtu, 2 April 2016

Dr Mahathir dilihat sebagai seorang yang Angkuh Keras Hati dan sentiasa ingin Menang & itulah yang Menjadikan Beliau Seorang yang Berjaya


Ramai yang mengata dan Mencemuh Mahathir sebagai seorang pemimpin demokratik yang Angkuh sentiasa ingin Menang yang keras hati , dan tidak mempedulikan apa kata orang disekeliling , asalkan apa yang beliau mahukan tuntutan beliau yang mesti dipenuhi , seorang yang suka campur tangan apa yang orang lain ingin buat dan suka mengubah - ubah pandangan. Pandangan sinis yang dilemparkan keatas Dr Mahathir berselang seli termasuk kata-kata dari Menteri-menteri yang ada di zaman ini.

Sebenarnya Mereka juga harus bertanggungjawab keatas apa yang berlaku pada Malaysia sekarang ini. Disaat Ekonomi yang tidak baek kenapa Malaysia pula yang mengadakan  pelbagai isu yang pelik-pelik yang membuat rakyat Malaysia menjadi tak keruan dan semakin marah.
Boleh dilihat dimana-mana komen di laman sesawang mengenai kerajaan yang sedia ada sekarang boleh dikatakan lebih ramai yang yang mengatakan sesuatu yang negatif dari perkara yang positif.

Semenjak Tahun-tahun kebelakangan ini Malaysia yang terlalu memberi ruang keluar masuk  kepada Negara Amerika , Isu hubungan Malaysia yang terlalu rapat dengan Amerika , perjanjian TPPA yang dibuat oleh Amerika Syarikat  yang sukar difahami rakyat , Isu 1MDB , penglibatan Najib Razak dalam pengambilan wang yg tidak pasti betul atau tidak , Malaysia menjadi bahan yang kurang enak di luar negara , Kenaikan harga Barang , isu pengenaian GST kepada rakyat , duit pendapatan untuk Menampung keluarga yang tidak mencukupi , kena bayar itu dan ini ,  membuatkan rakyat menjadi semakin terbeban ,  banyak fikiran yang berlegar-legar bermain dalam hati rakyat betul atau tidak pemerintahan sekarang ini..? , dengan perkara-perkara tersebut akan membuatkan rakyat lebih berpihak kepada Dr Mahathir. Bukanlah kerajaan yang sedia ada sekarang tidak baik ada yang bagus, tetapi banyak persoalan-persoalan dan Masalah-masalah yang semakin menjadi-jadi yang tidak ada jawapannya. Membuatkan rakyat menjadi semakin kecewa dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang.

Sejak dua menjak ini ada Terbaca mengenai dakwaan seorang Menteri yang mengatakan Mahathir seorang yang keras hati sehingga menyebabkan kegagalan Proton. Adakah Beliau lupa sepanjang pemerintahan 22 Tahun Mahathir mentadbir Malaysia siapakah yang menubuhkan Proton..? siapakah yang membuat kereta pertama buatan Malaysia..? pada ketika itu Tahun 1983 banyak rakyat yang masih didalam kemiskinan dan tidak banyak bangunan-bangunan yang berdiri di ketika itu. Orang-orang Melayu masih dikampung-kampung bersawah dan bermain congkak. Tidak ada sesiapa pun disaat itu yang terfikir bahawa Malaysia akan mempunyai Model kereta buatan sendiri. Tetapi dek kerana kebijaksanaan orang yang bernama Dr Mahathir Mohammed ini lah yang menjadikan ianya menjadi suatu realiti.Sekarang Malaysia berbangga telah mempunyai  Model keretanya sendiri. Ini kerana pada masa itu Dr Mahathir tetap dengan pendiriannya , tetap dengan sikapnya yang keras hati mahukan Malaysia ada kereta buatan sendiri. Ini kerana pada ketika itu Mahathir yang kagum akan kemajuan Negara Jepun yang mempunyai keretanya sendiri dan beliau membawa idea tersebut ke Tanah Melayu pada masa itu yang belum pesat membangun pada masa itu. Di awal perancangan Mahathir ketika itu ramai orang-orang Melayu yang mengutuk dan memandang sinis kepada Dr. Mahathir yang mengatakan beliau seorang yang gila.

Mana mungkin kita boleh ada kereta buatan sendiri , kita bukan orang British , kita bukan Orang Putih , ini tidak lain tidak bukan hanya lah ' pemikiran seorang Mahathir yg Gila ' , tetapi Mahathir pada ketika itu hanya Membuta tulikan sahaja telinga nya dan meneruskan idea-idea beliau untuk membuat Model kereta buatan sendiri,  Maka Terlahirlah sekarang yang dinamakan kereta Proton idea ciptaan yang diilhamkan sendiri oleh Dr Mahathir Mohammed. sekarang siapa yang gila.

Dr Mahathir Mohammed sememangnya satu Anugerah pemberian Tuhan kepada Bangsa Melayu . Kerana Beliau banyak merubah dasar cara orang-orang Melayu itu sendiri. Tidak dapat dinafikan boleh dilihat dimana-mana sahaja mengenai jasa-jasa idea Menakjubkan yang datangnya dari beliau yang telah dibuat oleh Beliau sepanjang pemerintahan 22-Tahun beliau Memerintah di Negara Malaysia ini. Sebuah anugerah Tuhan yang cukup istimewa oleh insan yang bernama Dr Mahathir Mohammed ini. Kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang lain , beliau lah pemimpin yang paling istimewa dan cukup unik sepanjang sejarah yang pernah kita ada. Antara ciptaan idea Dr. Mahathir Mohammed ialah pusat utama pemerintahan Bangsa Melayu iaitu Putrajaya yang mempunyai corak-corak islamik yang mempunyai kubah seperti Masjid diatasnya. Selain itu Universiti Antarabangsa Islam (UIA) yang salah satunya yang diasaskan oleh Beliau sendiri Tun Dr Mahathir Mohammed.


.
Orang-orang Barat & British Tidak Menyukai pada Dr Mahathir Mohammed.

Tahukah kita semua dizaman pemerintahan Tun..Tun Mahathir banyak menghentam dan Mengkritik  Orang-orang Barat..beliau yang dikenali sebagai pemimpin yang bermulut celupar dan tidak Menjaga perasaan orang lain membuatkan beliau cukup dikenali di Negara-negara Barat sebagai seorang pejuang Angkuh sehingga beliau dikenali sebagai seorang Diktator . Ini semua dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed kerana beliau tidak menyukai akan dengan perangai orang-orang Barat yang terlalu Membangga diri dan merasakan mereka sudah cukup bagus sehingga Merendah-rendahkan orang-orang Asia dan orang Islam. Ini adalah suatu Niat Baik Dr Mahathir Mohammed mahu menjaga kebaikan dan kemakmuran Orang Asia & Islam.

Pelbagai Serangan-serangan dan idea licik yang dilakukan oleh Beliau bagi Menghentam Negara-negara Barat sebagai suatu protes tidak kepuasan hati beliau kepada pemerintah Barat ketika dizaman pemerintahannya. Sebagai contoh serangan Dawn Raid terhadap Syarikat Milik British pada Tahun 1981  di awal pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Pada masa itu tanah perladangan Milik orang-orang Melayu dirampas dan tidak dipulang balik. Ini yang membangkitkan kemarahan Mahathir dan beliau Merancang untuk Merampas semula dan Mengambil alih semua pemilikan saham Guthrie yang merupakan syarikat peladangan Memiliki tanah-tanah Melayu. Dan Mahathir mengambil Tindakan drastik dengan melakukan serangan terhadap Barat pada waktu subuh. Dan peristiwa ini dirakam sebagai '' Serangan Subuh Dawn Raid Mahathir 1981''.


.
Pada Tahun Era- 2000 Zaman Pemerintahan Terakhir Dr Mahathir Mohammed. Beliau Menghentam Kejahatan-kejahatan Orang-orang Barat & Yahudi di Hadapan Pemimpin-pemimpin Kesatuan Dunia PBB Kerana Menghina dan Mencuba Menjatuhkan Islam


( Dr Mahathir Mohammed Mengkritik Orang-orang yahudi
akan kejahatan yang dilakukan Mereka )



(Beliau Menjawab dan Mengkritik Atas Tuduhan-tuduhan Barat
& Tindakan Jahat yang dilakukan oleh Barat)

Pada Awal era Tahun 2000 kita Menyaksikan Anggota-anggota Barat termasuk dari Amerika Syarikat melakukan provokasi terhadap islam. Mereka menyalahkan orang-orang islam diatas tragedi 11 September dimana runtuhnya Bangunan Berkembar Twin Tower milik Amerika Syarikat.

Dan pada Masa itu Dr Mahathir Mohammed masih memegang jawatan dan kenyataan tersebut amat tidak menyenangkan Dr Mahathir kerana beliau berpendapat ini semua dirancang oleh orang-orang Barat untuk Memburukkan islam di Mata Dunia. Dikesempatan itu beliau sekali lagi membuat tindakan drastik yang diluar jangkaan apabila Beliau mengambil kesempatan di persidangan PBB dengan Menghentam Barat & Yahudi dengan bercakap berhadapan dan mengatakan segala permasalahan peperangan yang berlaku pada Abad ini semuanya berpunca daripada mereka.

Tahun 2000 Era Terakhir pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed sebagai seorang Pemimpin Melayu & Islam yang Hebat tidak dapat disangkal. Beliau telah banyak berjuang menyatakan keadilan-keadilan di serata Dunia tanpa menghiraukan apa yang dikata oleh orang disekelilingnya, Walaupon beliau dikatakan seorang yang Angkuh dan Sombong Malah diberi nama Diktaktor oleh Negara-negara Barat beliau tidak Mempedulikannya. Asalkan segala agenda dan kemahuan beliau dapat dipenuhi. Segala Agenda dan kemahuan Beliau ada asasnya. Membawa Nama Melayu & Islam kearah Hadapan dan kearah sebuah Kemakmuran yang lebih baik. Kita sedikit sebanyak mendapat banyak Manfaat dizaman Era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed ini.

Sesungguhnya suatu Rahmat dan pemberian yang diberikan oleh Tuhan kepada Bangsa Melayu & Islam akan kelahiran insan yang bernama Tun Dr Mahathir Mohammed  ini. Beliau akan disemadikan di hati orang-orang Melayu sebagai seorang pemimpin dan pejuang Sejati didalam Menegakkan Keadilan & Kebenaran Bangsa Melayu & Negara - negara Islam. Wawasan 2020 yang diperkenalkan Beliau akan disimpan di dalam hati orang melayu untuk Mencapai kecemerlangan dan Kejayaan di Masa Hadapan.





Selamat Datang ke Blogspot Tulisan Pena Azwan Syed Abdullah

Kelahiran Manusia di Muka Bumi ini bermula kita semenjak masih bayi. Kita diajar Bertatih berjalan dan berdiri semuanya diatur mengikut sistem peraturannya sendiri. Melalui liku-liku kehidupan pahit naung sepanjang berada di dunia ini. Banyak perkara yang perlu diperkatakan tak mampu disimpan atau pun dipendam. Semuanya memerlukan pemikiran sejenak untuk kita berfikir apakah jalan penyelesaian yang Terbaik. Segala penulisan adalah datang dari lubuk hati yang dalam yang sukar difahami oleh semua pihak. Hanya kemahuan diri sendiri.........