Sabtu, 2 April 2016

Dr Mahathir dilihat sebagai seorang yang Angkuh Keras Hati dan sentiasa ingin Menang & itulah yang Menjadikan Beliau Seorang yang Berjaya


Ramai yang mengata dan Mencemuh Mahathir sebagai seorang pemimpin demokratik yang Angkuh sentiasa ingin Menang yang keras hati , dan tidak mempedulikan apa kata orang disekeliling , asalkan apa yang beliau mahukan tuntutan beliau yang mesti dipenuhi , seorang yang suka campur tangan apa yang orang lain ingin buat dan suka mengubah - ubah pandangan. Pandangan sinis yang dilemparkan keatas Dr Mahathir berselang seli termasuk kata-kata dari Menteri-menteri yang ada di zaman ini.

Sebenarnya Mereka juga harus bertanggungjawab keatas apa yang berlaku pada Malaysia sekarang ini. Disaat Ekonomi yang tidak baek kenapa Malaysia pula yang mengadakan  pelbagai isu yang pelik-pelik yang membuat rakyat Malaysia menjadi tak keruan dan semakin marah.
Boleh dilihat dimana-mana komen di laman sesawang mengenai kerajaan yang sedia ada sekarang boleh dikatakan lebih ramai yang yang mengatakan sesuatu yang negatif dari perkara yang positif.

Semenjak Tahun-tahun kebelakangan ini Malaysia yang terlalu memberi ruang keluar masuk  kepada Negara Amerika , Isu hubungan Malaysia yang terlalu rapat dengan Amerika , perjanjian TPPA yang dibuat oleh Amerika Syarikat  yang sukar difahami rakyat , Isu 1MDB , penglibatan Najib Razak dalam pengambilan wang yg tidak pasti betul atau tidak , Malaysia menjadi bahan yang kurang enak di luar negara , Kenaikan harga Barang , isu pengenaian GST kepada rakyat , duit pendapatan untuk Menampung keluarga yang tidak mencukupi , kena bayar itu dan ini ,  membuatkan rakyat menjadi semakin terbeban ,  banyak fikiran yang berlegar-legar bermain dalam hati rakyat betul atau tidak pemerintahan sekarang ini..? , dengan perkara-perkara tersebut akan membuatkan rakyat lebih berpihak kepada Dr Mahathir. Bukanlah kerajaan yang sedia ada sekarang tidak baik ada yang bagus, tetapi banyak persoalan-persoalan dan Masalah-masalah yang semakin menjadi-jadi yang tidak ada jawapannya. Membuatkan rakyat menjadi semakin kecewa dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang.

Sejak dua menjak ini ada Terbaca mengenai dakwaan seorang Menteri yang mengatakan Mahathir seorang yang keras hati sehingga menyebabkan kegagalan Proton. Adakah Beliau lupa sepanjang pemerintahan 22 Tahun Mahathir mentadbir Malaysia siapakah yang menubuhkan Proton..? siapakah yang membuat kereta pertama buatan Malaysia..? pada ketika itu Tahun 1983 banyak rakyat yang masih didalam kemiskinan dan tidak banyak bangunan-bangunan yang berdiri di ketika itu. Orang-orang Melayu masih dikampung-kampung bersawah dan bermain congkak. Tidak ada sesiapa pun disaat itu yang terfikir bahawa Malaysia akan mempunyai Model kereta buatan sendiri. Tetapi dek kerana kebijaksanaan orang yang bernama Dr Mahathir Mohammed ini lah yang menjadikan ianya menjadi suatu realiti.Sekarang Malaysia berbangga telah mempunyai  Model keretanya sendiri. Ini kerana pada masa itu Dr Mahathir tetap dengan pendiriannya , tetap dengan sikapnya yang keras hati mahukan Malaysia ada kereta buatan sendiri. Ini kerana pada ketika itu Mahathir yang kagum akan kemajuan Negara Jepun yang mempunyai keretanya sendiri dan beliau membawa idea tersebut ke Tanah Melayu pada masa itu yang belum pesat membangun pada masa itu. Di awal perancangan Mahathir ketika itu ramai orang-orang Melayu yang mengutuk dan memandang sinis kepada Dr. Mahathir yang mengatakan beliau seorang yang gila.

Mana mungkin kita boleh ada kereta buatan sendiri , kita bukan orang British , kita bukan Orang Putih , ini tidak lain tidak bukan hanya lah ' pemikiran seorang Mahathir yg Gila ' , tetapi Mahathir pada ketika itu hanya Membuta tulikan sahaja telinga nya dan meneruskan idea-idea beliau untuk membuat Model kereta buatan sendiri,  Maka Terlahirlah sekarang yang dinamakan kereta Proton idea ciptaan yang diilhamkan sendiri oleh Dr Mahathir Mohammed. sekarang siapa yang gila.

Dr Mahathir Mohammed sememangnya satu Anugerah pemberian Tuhan kepada Bangsa Melayu . Kerana Beliau banyak merubah dasar cara orang-orang Melayu itu sendiri. Tidak dapat dinafikan boleh dilihat dimana-mana sahaja mengenai jasa-jasa idea Menakjubkan yang datangnya dari beliau yang telah dibuat oleh Beliau sepanjang pemerintahan 22-Tahun beliau Memerintah di Negara Malaysia ini. Sebuah anugerah Tuhan yang cukup istimewa oleh insan yang bernama Dr Mahathir Mohammed ini. Kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang lain , beliau lah pemimpin yang paling istimewa dan cukup unik sepanjang sejarah yang pernah kita ada. Antara ciptaan idea Dr. Mahathir Mohammed ialah pusat utama pemerintahan Bangsa Melayu iaitu Putrajaya yang mempunyai corak-corak islamik yang mempunyai kubah seperti Masjid diatasnya. Selain itu Universiti Antarabangsa Islam (UIA) yang salah satunya yang diasaskan oleh Beliau sendiri Tun Dr Mahathir Mohammed.


.
Orang-orang Barat & British Tidak Menyukai pada Dr Mahathir Mohammed.

Tahukah kita semua dizaman pemerintahan Tun..Tun Mahathir banyak menghentam dan Mengkritik  Orang-orang Barat..beliau yang dikenali sebagai pemimpin yang bermulut celupar dan tidak Menjaga perasaan orang lain membuatkan beliau cukup dikenali di Negara-negara Barat sebagai seorang pejuang Angkuh sehingga beliau dikenali sebagai seorang Diktator . Ini semua dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed kerana beliau tidak menyukai akan dengan perangai orang-orang Barat yang terlalu Membangga diri dan merasakan mereka sudah cukup bagus sehingga Merendah-rendahkan orang-orang Asia dan orang Islam. Ini adalah suatu Niat Baik Dr Mahathir Mohammed mahu menjaga kebaikan dan kemakmuran Orang Asia & Islam.

Pelbagai Serangan-serangan dan idea licik yang dilakukan oleh Beliau bagi Menghentam Negara-negara Barat sebagai suatu protes tidak kepuasan hati beliau kepada pemerintah Barat ketika dizaman pemerintahannya. Sebagai contoh serangan Dawn Raid terhadap Syarikat Milik British pada Tahun 1981  di awal pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Pada masa itu tanah perladangan Milik orang-orang Melayu dirampas dan tidak dipulang balik. Ini yang membangkitkan kemarahan Mahathir dan beliau Merancang untuk Merampas semula dan Mengambil alih semua pemilikan saham Guthrie yang merupakan syarikat peladangan Memiliki tanah-tanah Melayu. Dan Mahathir mengambil Tindakan drastik dengan melakukan serangan terhadap Barat pada waktu subuh. Dan peristiwa ini dirakam sebagai '' Serangan Subuh Dawn Raid Mahathir 1981''.


.
Pada Tahun Era- 2000 Zaman Pemerintahan Terakhir Dr Mahathir Mohammed. Beliau Menghentam Kejahatan-kejahatan Orang-orang Barat & Yahudi di Hadapan Pemimpin-pemimpin Kesatuan Dunia PBB Kerana Menghina dan Mencuba Menjatuhkan Islam


( Dr Mahathir Mohammed Mengkritik Orang-orang yahudi
akan kejahatan yang dilakukan Mereka )



(Beliau Menjawab dan Mengkritik Atas Tuduhan-tuduhan Barat
& Tindakan Jahat yang dilakukan oleh Barat)

Pada Awal era Tahun 2000 kita Menyaksikan Anggota-anggota Barat termasuk dari Amerika Syarikat melakukan provokasi terhadap islam. Mereka menyalahkan orang-orang islam diatas tragedi 11 September dimana runtuhnya Bangunan Berkembar Twin Tower milik Amerika Syarikat.

Dan pada Masa itu Dr Mahathir Mohammed masih memegang jawatan dan kenyataan tersebut amat tidak menyenangkan Dr Mahathir kerana beliau berpendapat ini semua dirancang oleh orang-orang Barat untuk Memburukkan islam di Mata Dunia. Dikesempatan itu beliau sekali lagi membuat tindakan drastik yang diluar jangkaan apabila Beliau mengambil kesempatan di persidangan PBB dengan Menghentam Barat & Yahudi dengan bercakap berhadapan dan mengatakan segala permasalahan peperangan yang berlaku pada Abad ini semuanya berpunca daripada mereka.

Tahun 2000 Era Terakhir pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed sebagai seorang Pemimpin Melayu & Islam yang Hebat tidak dapat disangkal. Beliau telah banyak berjuang menyatakan keadilan-keadilan di serata Dunia tanpa menghiraukan apa yang dikata oleh orang disekelilingnya, Walaupon beliau dikatakan seorang yang Angkuh dan Sombong Malah diberi nama Diktaktor oleh Negara-negara Barat beliau tidak Mempedulikannya. Asalkan segala agenda dan kemahuan beliau dapat dipenuhi. Segala Agenda dan kemahuan Beliau ada asasnya. Membawa Nama Melayu & Islam kearah Hadapan dan kearah sebuah Kemakmuran yang lebih baik. Kita sedikit sebanyak mendapat banyak Manfaat dizaman Era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed ini.

Sesungguhnya suatu Rahmat dan pemberian yang diberikan oleh Tuhan kepada Bangsa Melayu & Islam akan kelahiran insan yang bernama Tun Dr Mahathir Mohammed  ini. Beliau akan disemadikan di hati orang-orang Melayu sebagai seorang pemimpin dan pejuang Sejati didalam Menegakkan Keadilan & Kebenaran Bangsa Melayu & Negara - negara Islam. Wawasan 2020 yang diperkenalkan Beliau akan disimpan di dalam hati orang melayu untuk Mencapai kecemerlangan dan Kejayaan di Masa Hadapan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan