( pertanyaan orang inggeris cuba mencari kesalahan - kesalahan
untuk Memanipulasikan islam akhirnya dijawab tenang oleh Dr Zakir Naek)
( pelbagai Hujahan - hujahan & pertanyaan -pertanyaan yg dijawab baik oleh Dr Zakir Naek mengenai persepsi & kebenaran islam)
Dr Zakir Naik dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 Mumbai (Bombay pada waktu itu) beliau adalah seorang pembicara umum Muslim India, dan penulis keislaman dan perbandingan agama. Secara profesi, ia adalah seorang dokter medis, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang terlibat dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.
Beliau Adalah Merupakan Anak didikan kepada Tokoh Debat islam yang terkenal iaitu Ahmad Deedat yang merupakan Guru beliau yang banyak mengajar beliau didalam ilmu pengetahuan & ilmu perdebatan. Perdebatan dan Ceramah Gurunya Ahmad Deedat juga boleh didapati di laman youtube dan laman sesawang yang lain.
Baru-baru ini pada Tanggal 11 April 2016..kita telah diberitakan mengenai pengharaman ceramah Dr Zakir Naek yang akan diadakan di UTEM Melaka. Ini kerana Ceramah beliau yang bertajuk '' The Similarites About Islam & Hindu '' atau yang bermaksud '' Persamaan antara Agama Islam & Agama Hindu '' yang dikatakan membawa kepada fahaman Eksremis Agama. dan kerana ini menyebabkan ianya dibatalkan.
Boleh sahaja dikatakan selepas sahaja pengumuman itu dibuat akan pembatalan ceramah Dr Zakir Naek tersebut, sangat ramai malah ribuan rakyat Melayu islam yang memprotes dan Marah akan tindakan pihak - pihak tertentu dan ada yang Berkongsikan dan memberikan pelbagai pendapat Mereka sama di Laman -laman sesawang dan sebagainya. Ini semuanya bermula disebabkan kerana pihak Atasan yang membatalkan Majlis Diskusi Ceramah tersebut..persoalannya dimana point-point yang menunjukkan Ceramah tersebut membawa kepada fahaman ekstremis Agama..??
Adakah kerana hanya sebuah Tajuk..?? yang bermaksud ''persamaan Agama Islam & Agama Hindu..'' itu penyebab hingga Ceramah tersebut dibatalkan..??
Mungkin ada pihak tertentu yang tidak mengikuti perkembangan Dr Zakir Naek. Tidak Menonton semua ceramah-ceramah diskusi dan perdebatan yang dibuat oleh Dr Zakir Naek sehinggakan ada pihak apabila mendengar sahaja tajuk Ohhhh...itu sudah cukup Rasist...!
Apabila kita Melihat kebanyakkan Ceramah-ceramah Dr Zakir Naek yang ada di youtube...kita boleh melihat dengan akal yg Mudah difahami bahawa ceramah Beliau adalah membawa sesuatu kearah yang mana lebih baik. Dan beliau tidak berhujah hanya dengan benda - benda kosong tetapi beliau berhujah dengan menggunakan fakta yang Tepat.
Contohnya 2 + 2 adalah bersamaan 5, sudah pasti jawapan itu salah. Kalau perkara itu salah ianya tetap salah. Kalau Betul ianya pasti betul dan Beliau tidak mereka-reka sesuatu hujah untuk menampakkan ianya betul, kerana bercakap di depan khalayak ramai malah beribuan orang sudah pasti susah untuk berbohong. Apatah lagi Dr Zakir Naek Menghafal kitab - kitab dan banyak berhujah dengan menggunakan Kitab - kitab dari pelbagai Agama dan beliau Menghafal kesemuanya sekali dan menyebut satu persatu ayat ke berapa dan berapa. Sehingga ada yang Membuatkan Golongan-golongan Berlainan Agama yg bertanyakan pelbagai soalan kepada beliau tergamam kerana beliau Menjawabnya dengan baik dengan menggunakan ayat - ayat dari Kitab-kitab mereka sebagai hujah sedangkan Mereka sendiri tidak menghafalnya. Sebuah keistimewaan Milik Insan yang bernama Dr Zakir Naek ini.
Selain itu, Beliau juga dapat Mematahkan serangan-serangan dari orang-orang yang fasik Meragui kebenaran islam yang bertanyakan pelbagai soalan yang sangat Merumitkan dan tidak terfikir oleh Akal kita untuk menjawabnya. Tapi kesemua soalan itu dapat dijawab dengan cepat dan bernas oleh Dr Zakir Naek.
Sepatutnya isu Ceramah persamaan antara Islam & Hindu tidak patut dibatalkan kerana saya berpendapat ianya pasti akan membawa kebaikan bersama. Memandangkan kita Malaysia mempunyai fahaman Agama yang berbeza mungkin pencerahan dari Dr Zakir Naek penghafal kesemua kitab-kita Agama ini mungkin dapat merapatkan lagi hubungan antara kita Islam Hindu dan Buddha. Sudah jelas Tajuk tersebut membawa Maksud kepada persamaan yang dimiliki bersama. Tidak bermaksud untuk melukakan atau mempunyai Niat yang lain melainkan ada kebaikan yang ingin diselitkan. Ini kerana Dr Zakir Naek adalah orang islam yg berbangsa india dan duduk di kelilingi oleh orang-orang hindu di negara india.
Sudah pasti beliau sudah memahami akan Majmuk yang berlainan Agama. Kerana itu beliau memberikan Tajuk Ceramah '' Persamaan antara Agama Hindu & Agama Islam ''. Saya yakin ianya pasti akan membawa kebaikan.
Kepada yang berlainan Agama juga boleh bertanyakan kepada beliau akan persoalan-persoalan agama, jika ada keraguan tentang islam atau apa sahaja , undang-undang , Hak-hak kebebasan , Hukum-hukum mengenai islam , kebenaran-kebenaran islam apa sahaja Beliau akan dapat Menjawabnya dengan baik. Sudak banyak juga pertanyaan-pertanyaan dari orang yang bukan beragama islam yang mengajukan pelbagai persoalan tentang persepsi islam dan telah Banyak beliau telah menjawabnya, boleh tonton di laman youtube '' Ceramah Dr Zakir Naek atau perdebatan Dr Zakir Naek'' banyak yang akan dapat dilihat dan dinilai akan kebenaran dan kebaikan-kebaikannya.
Saya berharap Ceramah-ceramah Dr Zakir Naek ini dapat diteruskan lagi dan diperbanyakkan lagi di Malaysia di Negara kita ini setelah apa kita melihat di kaca TV di Negara luar, apabila islam sering menjadi Mangsa provokasi akan Media-media yang sering Menghina dan Memfitnah Agama islam katanya membawa agama Terrorisme , Mengajar untuk berperang dan sebagainya...itu semua tidak benar. Banyak yang perlu diperjelaskan kepada orang luar mengenai apa itu islam dan kebenaran-kebenaran islam agar islam dapat diterima baik , dipandang Mulia dan Dihormati.
Kesimpulannya.... saya sebenarnya cukup kagum dengan Dr Zakir Naek ini...dan sangat2 admire dengan beliau..beliau antara salah seorang pendakwah yang sangat hebat. Selain daripada itu yang sangat membuatkan saya kagum dengan insan yang bernama Dr Zakir Naek ini ialah akan kelebihan beliau yang mampu Menghafal kesemua kitab -kitab Agama yang ada di atas Dunia ini. Apabila ditanyakan oleh orang-orang mengenai sesuatu Agama beliau dapat menjawab nya dengan sangat pantas termasuk menyebut pelbagai Ayat-ayat menggunakan kitab-kitab Agama yang ada di Dunia ini mengikut kesesuaian dan persoalan. Saya berharap semoga ramai lagi orang-orang seperti Dr Zakir Naek ini akan dilahirkan di atas Mukabumi ini.,insya Allah..ini kerana supaya Islam dapat terus bertapak kukuh dan dapat Menjadi Empayar islam yang hebat.
.
.
.
.
A Great Respect Leaders of Islam Dr Zakir Naek.........! :)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan