Sabtu, 9 April 2016

Menilai Sesebuah Kebaekan Orang Lain & Melihat Suatu pandangan Dari Sudut Mata Kasar dan Batin




حَدِ يث عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِ اللهُ عَنهُمَا. أنَّ رَسُولَ اللهِ صلّي اللهُ عليهِ
وَسَلّمَ ، قَالَ : الْمُسْلِمُ أَخُوالْمُسْلِمِ ، لَا يَظْلِمُهُ ، وَلاَ يُسْلِمُهُ . وَمَنْ كَانَ فِى
حَاجَةِ أَخِيهِ . كَانَ اللهُ فِى حَاجَتِهِ . وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً ، فَرَّجَ اللهُ
عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ. وَمَنْ سَتَرَمُسْلِمًا ، سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اخرجه البخاري فى : – كتاب المظالم: – باب لايظلم المسلم المسلم ولايسلمه .
Artinya:
Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulullah saw. Bersabda : Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak menganiyayanya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari qiyamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang muslim maka Allah akan menutupinya di hari qiyamat. (Bukhari, muslim).

.
Persaudaraan telah beberapa kali diiucapkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran islam adalah suatu agama yang membawa kasih sayang sesama Makhluk. Kita telah berulang kali diingatkan supaya menjaga silaturrahim sesama Manusia tidak kira Agama , fahaman mahupun Bangsa sesuatu etnik. Unsur-unsur tidak kepercayaan sesama sendiri sebenarnya telah lama menyubur didalam hati. Tidak hairanlah jikalau pergaduhan sesama sendiri itu berlaku.
Tidak Menghormati sesama sendiri berckap kasar dan itu salah satu Benih untuk membentuk Akar-akar kebencian antara Manusia. Dan mula lah Syaitan mengambil peluang diatas sebab-sebab ini.

Bagaimanakah Caranya jika kita telah berbuat baik seperti yang disuruh oleh Tuhan, tetapi orang lain pula yang berbuat tidak baik kepada kita. Ini adalah sebuah tindakan semula jadi Manusia yang Tuhan jadikan berbagai. Ada Manusia yang baik dan ada Manusia yang jahat,  dan beruntunglah bagi sesiapa Manusia yang mengikut jalan kebaikan.

Saya juga selalu merasakan perkara ini, apabila kebaikan yang kita lakukan pada orang lain tidak dibalas dengan setimpalnya dari orang yang sama. Ini bukanlah untuk mengungkit tetapi jika difikirkan semula kenapa masih ada Manusia yang tidak Mengenang budi setelah apa yang kita curahkan kepada mereka. Adakah Mereka ini tidak memikirkan perasaan orang lain atau mereka buat-buat sahaja tidak tahu.

Tetapi saya Mulai faham kenapa perkara itu terjadi, ini kerana Tuhan mungkin tidak akan membalas kebaekan yang kita lakukan diatas Tangan Manusia itu sendiri tetapi mungkin ada pemberian yang lebih Baik yang ingin diberikan oleh Tuhan atau kita akan dibantu oleh Manusia yang lain pula berulang kali.
Jadi Kesimpulannya,  melakukan kebaekan adalah suatu perbuatan yang sangat Menguntungkan.


.
Mengapa Nabi Muhammad Tidak Membalas Kejahatan yang Dilakukan oleh Orang-orang Musyrik Keatas Beliau & Walaupun Malaikat Sudah Bersedia Untuk Memukul Tongkatnya ke Bumi..? Suatu Pengajaran yang Baik Buat Kita ...
.
Adakah anda masih Teringat akan suatu kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w.. ketika itu Nabi Muhammad sedang melakukan solat dan dengan tiba-tiba orang-orang Musyrik membaling Najis keatas baginda dari belakang kerana tidak menyukai dakwah yang dibawa oleh beliau..ada masa itu orang - orang Arab masih menganuti Agama Jahiliyah..ini adalah suatu pengajaran yang baik untuk kita pelajari..apa yang dibuat oleh Baginda ialah beliau tidak membalasnya. dan apabila terlihat oleh Malaikat maka Malaikat pon menjadi Marah akan perbuatan tersebut dan Malaikat menawarkan keatas Baginda, dan berkata kpd Baginda Muhammad '' yaa Nabi Muhammad ini adalah suatu tindakan yang tidak beradab..mahukah Engkau aku Menghancurkan mereka dengan kekuatan ku...?'', Nabi Muhammad berkata '' Tidak perlu...''

 Apa yang dibuat oleh Baginda ialah Beliau berkata '' Suatu hari nanti Aku akan Mengislamkan seluruh penduduk ini..dan dibawah kebaekan Ajaranku mereka di Tanah ini akan menjadi orang-orang yang baik..'' dan apa yang dikatakan oleh Russullah itu benar bahawa seluruh Jazirah Arab Memeluk Agama Islam. Dan itu adalah suatu Hikmah dimana Baginda melalui sifat kesabaran yg Tinggi akhirnya Membawa keuntungan yang Besar. Seluruh penduduk Arab menjadi sebuah Empayar Islam dibawah penguasaan Beliau.

Baginda bijak didalam menguruskan sesuatu. Beliau tidak menggunakan Tindakan yang terburu-buru dan sentiasa menggunakan Hemah kesabaran yang Tinggi didalam perbuatan. Dan itu lah menjadikan Beliau sentiasa Menang.

Nabi Muhammad telah memberikan kita pengajaran akan kisah ini ianya Mengajar kita untuk berfikiran Terbuka, bersabar dan selalu membuat kebaikan  dan Menghormati orang lain. Itu adalah suatu kemenangan yang besar dan perbuatan tersebut yang akan membuatkan kita Berjaya dan pasti nya akan membawa rahmat dari Illahi.

.
Berfikir Sebelum Bercakap & Tidak Terburu-buru didalam Akal dan perbuatan.
Sememangnya sikap yang Terburu-buru dan tidak berfikir sebelum bercakap sememangnya akan membawa bencana, sama ada terhadap diri sendiri atau pon terhadap Masyarakat di sekeliling. pastinya akan mendatangkan kemudaratan kalau kita tidak berjaga-jaga dengan kata-kata.
Tetapi Mafhum nya kita Manusia ini tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, apa-apa pon kita yang menjalani kehidupan diatas dunia ini kita sentiasa memperbetulkan kesilapan kita termasuklah dari segi pembaikan akhlak , sifat , hubungan dan sebagainya. Mengawal percakapan kita dari Menyakiti hati orang lain dan bercakap hormat juga adalah sebuah Modal sumber didalam kebaikan.


Memahami Sesuatu Kebaikan yang Dilakukan Oleh Orang lain & Memahami Prinsip Islam Hadhari
Sesuatu perihal perbuatan yang baik adalah dikira sebagai sebuah Amal. Ini termasuk perbuatan-perbuatan baik yang kita berikan kpd orang lain. Termasuk juga orang yang berbuat baik kepada kita. Sudah menjadi lumrah intipati Manusia adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Menghargai setiap bantuan yang diberikan kepada kita adalah sebuah perbuatan yang harus diamalkan. Ini kerana orang-orang yang Membantu kita disaat kita jatuh adalah orang yang patut kita sayangi dan Mendoakan kesehjahteraan mereka. Tidak perlu untuk memberitahu yang kita mendoakan mereka cukup kita mendoakan mereka secara diam-diam didalam hati dan sebagai ucapan terima kasih kita membantu pula mereka dikemudian hari.. Ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang Membawa maksud sebuah Bangsa Islam yang bertamadun yang menekankan Aspek Tamadun.
Menghormati , Menyayangi , dan berbuat kebaikan. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat hidayah dan rahmat dari Allah s.w.t Ameeeen...........








Tiada ulasan:

Catat Ulasan